PENDEKATAN
Pendekatan biasanya dimasukkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generelisasi yang tertentu
STRATEGI
Strategi boleh diibaratkan sebagai satu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimun
KAEDAH
Susunan gaya atau cara yang digunakan secara sistematik
TEKNIK
Kemahiran yang diolah dengan berbagai-bagai cara demi mencapai matlamat
KAEDAH PENGAJARAN
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal dalam diri seseorang. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti Kaedah Tradisional ,Kaedah inkuiri,Kaedah kumpulan,Kaedah kolaboratif, Kaedah Koperatif.
TEKNIK PENGAJARAN
Ia merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan perlaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran contohnya seperti bercerita,sumbang saran,demonstrasi ,latih tubi dan lain-lain
PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran
STRATEGI PENGAJARAN
Merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang.Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah dilaksanakan merupakan strategi pengajaran
Khamis, 10 Mac 2011
Ahad, 23 Januari 2011
Sabtu, 22 Januari 2011
Khamis, 13 Januari 2011
SEJARAH PERKEMBANGAN SERAMIK
Dalam Collins English Dictionary(1986) ceramic diterangkan sebagai 'hard brittle material made by firing clay and similar substances'. Perkataan ceramic pula berasal daripada bahasa Yunani 'keramikos yang merujuk pada tanah liat yang digunakan oleh pereka seranik.
Pottery atau tembikar pula merujuk kepada item yang dihasilkan daripada tanah liat, dikeringkan dan dibakar di dalam tanur. Meskipun sejarah seramik bermula dengan hasil-hasil tembikar, namun istilah'seramik' adalah lebih tepat bagi mewakili tembikar dan segala hasilan yang sejenis dengannya
Seramik merupakan salah satu kraf yang tertua di dunia iaitu sejak 7000 tahun s.m. Ianya semakin meluas digunakan menjelang zaman neolitik di mana "potters wheel" atau roda putaran alin diperkenalkan ( sekitar 4000 masihi) menggantikan teknik lingkaran 'Coiling'. Seramik menjadi begitu berguna sekali apabila teknik gerlis digunakan pada tembikar. Gerlis merupakan aspek terpenting kerana ianya menghalang penyerapan dan menghiasi permukaan dengan pelbagai kesan dekaratif.

Langgan:
Catatan (Atom)