Sabtu, 2 April 2011

MY ANAK-ANAK SENI




            Pendidikan seni mempunyai matlamat yang menjurus kepada memenuhi keperluan perasaan individu. Pendidikan Seni dalam kurikulum Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) bertujuan untuk mengembangkan potensi kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran supaya mereka dapat mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni dapat mengembangkan bakat dan kreativiti kanak-kanak tersebut serta menggalakkan perkembangan sosial mereka, menerusi nilai yang dipelajari.
          Kepentingan pendidikan seni dalam Pendidikan Khas ialah meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus, kemahiran perseptual dan kreativiti seni. Seni digunakan sebagai medium meluahkan perasaan dan ekspresi murid Bermasalh Pembelajaran. Seni juga meneroka fungsi simbolik dalam seni dan membina penilaian kendiri.
         " Jangan ambil mudah luahan artistik orang di sekeliling anda. Ia mungkin menjadi sesuatu di dalam diri mereka. Setiap lukisan mempunyai kaitan dengan pelukisnya.(20 Oktober 2008-Fatimi Nadiah Zainudeen). Lukisan bukan sahaja memiliki seribu makna malahan pelukisnya mampu meluahkan perasaannya. Adakalanya ibu bapa sendiri tidak percaya anak mereka mempunyai bakat yang sangat besar, cuma tidak digilap kerana kebanyakkan program pendidikan khas integrasi tidak mempunyai guru-guru yang benar-benar pakar dalam pendidikan seni. Pendidikan Seni sebenarnya boleh dijadikan terapi agar pelajar-pelajar ini mempunyai keyakinan diri .Menurut President Persatuan Psikatri Malaysia Dr Yen Teck Hoe ,"Seni adalah produk pemikiran dan emosi. Ia juga boleh dikalsifikasi sebagai perangkap yang menarik minda pada satu-satu masa.walau hanya satu garisan ia adalah luahan emosi pelukis".
KITA (Buat Anak-anak Satu Malaysia)

Kita adalah permata,
Diukir tangan-tangan merdeka,
Indah digilap pasaknya teguh,
Gemilap menerangi buana.

Kita benteng Negara,
Berbatukan keberanian,
Penangkis badai kehancuran,
Megah di puncak kegemilangan.

Ini tanah kita,
Hindarilah dari kealpaan,
Ini tanah kita,
Lindungilah dari penjajahan,
Semaikan semangat pahlawan bangsa,
Biar putih tulang, jangan putih mata,
Merdekakan jiwa dan minda,
Memintal gelombang globalisasi,
Menganyam ombak-ombak kejayaan,

Kita adalah pewaris,
Menjulang kedaulatan bangsa,
Bahtera merdeka kita layari,
Kita kemudi hingga ke mercu.

                                                                                                                         Nukilan: Linda Wahab

Khamis, 10 Mac 2011

PENDEKATAN,STRATEGI,KAEDAH DAN TEKNIK P & P PENDIDIKAN SENI

PENDEKATAN
Pendekatan biasanya dimasukkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generelisasi yang tertentu

STRATEGI
Strategi boleh diibaratkan sebagai satu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimun

KAEDAH
Susunan gaya atau cara yang digunakan secara sistematik

TEKNIK
Kemahiran yang diolah dengan berbagai-bagai cara demi mencapai matlamat

KAEDAH  PENGAJARAN
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal dalam diri  seseorang. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti Kaedah Tradisional ,Kaedah inkuiri,Kaedah kumpulan,Kaedah kolaboratif, Kaedah Koperatif.

TEKNIK PENGAJARAN
Ia merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan perlaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran contohnya seperti bercerita,sumbang saran,demonstrasi ,latih tubi dan lain-lain

PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran

STRATEGI PENGAJARAN
Merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang.Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah dilaksanakan merupakan strategi pengajaran

Khamis, 13 Januari 2011

SEJARAH PERKEMBANGAN SERAMIK

Dalam Collins English Dictionary(1986) ceramic diterangkan sebagai 'hard brittle material made by firing clay and similar substances'. Perkataan ceramic pula berasal daripada bahasa Yunani 'keramikos yang merujuk pada tanah liat yang digunakan oleh pereka seranik.
Pottery atau tembikar pula merujuk kepada item yang dihasilkan daripada tanah liat, dikeringkan dan dibakar di dalam tanur. Meskipun sejarah seramik bermula dengan hasil-hasil tembikar, namun istilah'seramik' adalah lebih tepat bagi mewakili tembikar dan segala hasilan yang sejenis dengannya
Seramik merupakan salah satu kraf yang tertua di dunia iaitu sejak 7000 tahun s.m. Ianya semakin meluas digunakan menjelang zaman neolitik di mana "potters wheel" atau roda putaran alin diperkenalkan ( sekitar 4000 masihi) menggantikan teknik lingkaran 'Coiling'. Seramik menjadi begitu berguna sekali apabila teknik gerlis digunakan pada tembikar. Gerlis merupakan aspek terpenting kerana ianya menghalang penyerapan dan menghiasi permukaan dengan pelbagai kesan dekaratif.