Sabtu, 2 April 2011

MY ANAK-ANAK SENI




            Pendidikan seni mempunyai matlamat yang menjurus kepada memenuhi keperluan perasaan individu. Pendidikan Seni dalam kurikulum Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) bertujuan untuk mengembangkan potensi kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran supaya mereka dapat mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni dapat mengembangkan bakat dan kreativiti kanak-kanak tersebut serta menggalakkan perkembangan sosial mereka, menerusi nilai yang dipelajari.
          Kepentingan pendidikan seni dalam Pendidikan Khas ialah meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus, kemahiran perseptual dan kreativiti seni. Seni digunakan sebagai medium meluahkan perasaan dan ekspresi murid Bermasalh Pembelajaran. Seni juga meneroka fungsi simbolik dalam seni dan membina penilaian kendiri.
         " Jangan ambil mudah luahan artistik orang di sekeliling anda. Ia mungkin menjadi sesuatu di dalam diri mereka. Setiap lukisan mempunyai kaitan dengan pelukisnya.(20 Oktober 2008-Fatimi Nadiah Zainudeen). Lukisan bukan sahaja memiliki seribu makna malahan pelukisnya mampu meluahkan perasaannya. Adakalanya ibu bapa sendiri tidak percaya anak mereka mempunyai bakat yang sangat besar, cuma tidak digilap kerana kebanyakkan program pendidikan khas integrasi tidak mempunyai guru-guru yang benar-benar pakar dalam pendidikan seni. Pendidikan Seni sebenarnya boleh dijadikan terapi agar pelajar-pelajar ini mempunyai keyakinan diri .Menurut President Persatuan Psikatri Malaysia Dr Yen Teck Hoe ,"Seni adalah produk pemikiran dan emosi. Ia juga boleh dikalsifikasi sebagai perangkap yang menarik minda pada satu-satu masa.walau hanya satu garisan ia adalah luahan emosi pelukis".
KITA (Buat Anak-anak Satu Malaysia)

Kita adalah permata,
Diukir tangan-tangan merdeka,
Indah digilap pasaknya teguh,
Gemilap menerangi buana.

Kita benteng Negara,
Berbatukan keberanian,
Penangkis badai kehancuran,
Megah di puncak kegemilangan.

Ini tanah kita,
Hindarilah dari kealpaan,
Ini tanah kita,
Lindungilah dari penjajahan,
Semaikan semangat pahlawan bangsa,
Biar putih tulang, jangan putih mata,
Merdekakan jiwa dan minda,
Memintal gelombang globalisasi,
Menganyam ombak-ombak kejayaan,

Kita adalah pewaris,
Menjulang kedaulatan bangsa,
Bahtera merdeka kita layari,
Kita kemudi hingga ke mercu.

                                                                                                                         Nukilan: Linda Wahab