Khamis, 10 Mac 2011

PENDEKATAN,STRATEGI,KAEDAH DAN TEKNIK P & P PENDIDIKAN SENI

PENDEKATAN
Pendekatan biasanya dimasukkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generelisasi yang tertentu

STRATEGI
Strategi boleh diibaratkan sebagai satu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimun

KAEDAH
Susunan gaya atau cara yang digunakan secara sistematik

TEKNIK
Kemahiran yang diolah dengan berbagai-bagai cara demi mencapai matlamat

KAEDAH  PENGAJARAN
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal dalam diri  seseorang. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti Kaedah Tradisional ,Kaedah inkuiri,Kaedah kumpulan,Kaedah kolaboratif, Kaedah Koperatif.

TEKNIK PENGAJARAN
Ia merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan perlaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran contohnya seperti bercerita,sumbang saran,demonstrasi ,latih tubi dan lain-lain

PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran

STRATEGI PENGAJARAN
Merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang.Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah dilaksanakan merupakan strategi pengajaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan